Nasional

Keluarga Malaysia amat bangga dengan Maryam, PM doakan kejayaan

KEJAYAAN murid tahun lima, Maryam Muzamir meraih tiga pingat emas di pertandingan berprestij antarabangsa mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon.

Menurut Ismail Sabri, pencapaian murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang itu dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada merupakan satu kebanggaan kepada Keluarga Malaysia.

Menurutnya, Maryam telah mengharumkan nama Malaysia melalui inovasi makanan haiwan yang diperbuat daripada siput sedut dan juga kulit udang.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Maryam terus menempa kejayaan pada masa depan.

“Adik Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi dia juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut.

“Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian adik Maryam dan saya mendoakan adik Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” kata Ismail Sabri dalam satu hantara di media sosial.

Kejayaan Maryam, 11 itu sebelum ini mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.

Maryam beroleh kejayaan itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut yang dinamakan YAM 2.0.

Pertandingan tersebut merupakan penyerataan pertama Maryam di peringkat antarabangsa.

Pada tahun ini dan 2020, Maryam turut memenangi pingat emas bagi kategori Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREX).-SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button