Ekonomi

DBS senaraikan ringgit sebagai mata wang paling lemas di rantau ini

DBS Group Research telah meletakkan ringgit Malaysia sebagai mata wang termurah dalam kalangan mata wang Asia tidak termasuk Jepun, diikuti oleh rupiah Indonesia dan renminbi yuan Tiongkok.

Memetik laporan Theedge Market, ahli strategi makro pertukaran asing dan kredit DBS, Chang Wei Liang mengatakan, julat penilaian lebih dan kurang berdasarkan strategi kadar pertukaran keseimbangan (DEER) adalah “jauh lebih mencolok, dengan nilai rendah ringgit pada -13.7% tetapi dengan risiko berterusan kesan pandemik Covid-19 dan ketidakpastian politik yang mempengaruhi sentimen..

Peso Filipina, baht Thailand, dan rupee India dinilai sebagai yang paling mahal. Bath kekal tinggi  walaupun telah menyusut dengan ketara dan merupakan mata wang berprestasi terburuk di Asia tahun ini.

(Visited 1,126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button