Nasionalpilihan

‘Anggota tentera’ jilat tangan gadis ditahan

POLIS mengesahkan telah menahan suspek lelaki berpakaian uniform tentera yang mencabul kehormatan dengan menjilat jari seorang gadis di sebuah kedai Vape di Taman Keramat, Kuala Lumpur pada semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang berusia 26 tahun ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

“Suspek berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama tujuh tahun dan bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek juga telah dibuat dan keputusannya negatif dadah,” katanya.

Menurut Mohamad Farouk, selain tangkapan, pihaknya turut merampas kelengkapan uniform yang dipercayai dipakai semasa kejadian.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang diteruskan dan suspek kini ditahan reman sehingga 10 Oktober depan.

Suara Merdeka sebelum ini melaporkan kejadian cabul itu berlaku kira-kira pukul 1 petang semalam ketika suspek yang memakai uniform tentera datang ke kedai vape tersebut sebagai pelanggan.

Suspek kemudian telah keluar daripada kedai selepas selesai membeli vape namun berpatah balik dan memberitahu mangsa yang berusia 18 tahun yang pod dibelinya tidak berfungsi.

Ketika mangsa menyerahkan vape baharu itu, suspek mula mengambil kesempatan dengan memegang tangan mangsa dan menjilat tangan mangsa.

Perbuatan suspek itu juga dirakam kamera litar tertutup premis berkenaan dan rakaman itu juga tular di media sosial serta mendapat kecaman netizen. -SM

(Visited 782 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button