BanjirNasionalNegeri

Mangsa banjir di Perak meningkat, Johor Bahru turut terjejas

JUMLAH mangsa banjir di Perak meningkat kepada 386 orang daripada 111 keluarga hari ini berbanding 373 orang daripada 107 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataannya memaklumkan, semua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kerian dan Hilir Perak.

Menurut kenyataan sekretariat itu, di Kerian, 100 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu.

“Di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 185 penduduk manakala 44 orang berada di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan,” menurut kenyataan yang sama.

Sementara itu di Johor, sebanyak 101 penduduk di Lorong Mak Piah, Kampung Sungai Tiram di Johor Bahru dipindahkan ke PPS susulan banjir kilat.

Komander Operasi Balai Bomba Johor Jaya, Mohd Faiz Ramli berkata, mereka yang terdiri daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Raya Sungai Tiram mulai jam 11 malam tadi.

Beliau berkata, penghulu mukim kampung berkenaan memaklumkan, hujan lebat berlaku sekitar jam 4 petang dan longgokan kayu serta sampah di jambatan sungai berdekatan telah menyekat aliran air yang seterusnya melimpah sekali gus menyebabkan banjir setinggi satu meter.  – SM

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button