Nasional

Warga asing tanpa pelitup muka di pusat beli-belah KL disiasat

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat insiden melibatkan seorang warga asing yang memaki hamun dan membuat isyarat lucah terhadap pengawal keselamatan selepas dia ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang.

Video berdurasi 18 saat kejadian itu telah dimuat naik di TikTok dan Twitter pada hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata laporan itu dibuat oleh pihak keselamatan pusat beli-belah itu.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam satu kenyataan.

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button