Luar Negara

COVID-19: New York kritikal, 2,010 maut

AMERIKA Syarikat (AS) sejak Khamis lepas mencatatkan bilangan kes jangkitan COVID-19 tertinggi di dunia dengan setakat semalam (Sabtu) mengorbankan 2,010 nyawa dengan New York paling teruk..

Ia melonjak dua kali ganda dalam masa tiga hari, menurut kajian Johns Hopkins University.

Kira-kira satu perempat daripada kes kematian berlaku di New York City, wilayah paling teruk di negara ini, lapor Johns Hopkins.

Menurut AFP hari ini, sepanjang 24 jam lalu, angka kematian di AS ialah 453 kes yang dikaitkan dengan penyakit COVID-19, menyebabkan jumlah keseluruhan kematian negara itu kepada 1,891 orang sejak pandemik bermula.

Ia bagaimanapun kurang daripada 10,023 kematian di Itali, 5,812 di Sepanyol, 3,299 di China atau 2,317 di Perancis.

Sehingga petang Sabtu, Universiti Johns Hopkins mencatatkan 115,547 kes di AS. Ini termasuk kenaikan 23 peratus daripada 21,309 kes dicatatkan sehari.

New York adalah pusat wabak COVID-19 di negara itu, dengan lebih daripada 50,000 kes atau kira-kira separuh daripada jumlah kes di seluruh republik itu.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Sabtu berkata, beliau sedang mempertimbangkan meletakkan seluruh negeri di bawah kuarantin.

Gabenor New York, Andrew Cuomo pula memberitahu pemberita dia tidak berfikir langkah sedemikian boleh dilaksanakan mengikut undang-undang dan tidak tahu apa yang akan dicapai daripada perspektif kesihatan awam.

BACA:

Sementara itu Kanada Kanada malarang rakyatnya yang mempunyai gejala dijangkiti virus maut COVID-19 tidak akan dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan kereta api dan kapal terbang bagi perjalanan dalam negeri.

Perdana Menteri Kanada, Justine Trudeau memberitahu peraturan baharu itu akan bermula Isnin ini.

Mereka yang mahu menggunakan kedua-dua perkhidmatan pengangkutan darat dan udara itu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka sihat dan tidak dijangkiti.- SM

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button