Nasional

Polis siasat video didakwa fitnah KPD Kajang

KENYATAAN seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Haridas iaitu pengasas kepada People Defend Right Group yang mempertikai kredibiliti polis dianggap sebagai memfitnah.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan lelaki tersebut, polis didakwa tidak adil dalam satu siasatan kes melibatkan seorang lelaki ditahan kerana menetak seorang lelaki secara tiba-tiba di Taman Sri Tanjung, Semenyih, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia.

“Siasatan tersebut melibatkan siasatan melibatkan kenyataan video berbaur fitnah Haridas ke atas Ketua Polis Daerah Kajang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan video tersebut, Mohd Zaid berkata pihaknya sentiasa bersikap telus dalam setiap siasatan yang dijalankan.

Jelasnya, dua kertas siasatan telah dibuka iaitu Seksyen 324 Kanun Keseksaan (siasatan melibatkan kejadian mangsa yang cedera ditetak) dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan (siasatan melibatkan video viral tindakan sekumpulan lelaki Melayu yang dilihat mengejar dan menangkap suspek.

“Dakwaan pegawai penyiasat bersikap tidak adil dan berniat jahat juga tidak benar kerana siasatan secara jelas menjurus atas kesalahan yang dilakukan oleh suspek.

“Siasatan dilakukan dengan tempoh yang segera bagi mengelakkan suspek ditahan oleh pihak Polis dalam tempoh yang lama.

“Malah, kuasa untuk menetapkan jumlah jaminan mahkamah bukan bidang kuasa pegawai penyiasat sebaliknya atas budi bicara pihak mahkamah,” ujarnya.

Malah, Mohd Zaid memberitahu, tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap keluarga suspek dibawah
Seksyen 13 Akta Kesihatan Mental 2001, kerana gagal dan cuai mengambil tindakan sewajarnya ke
atas suspek yang mempunyai masalah mental.

Menurutnya, Haridas juga mengeluarkan kenyataan tidak berasa dan cuba menjatuhkan kredibliti polis kerana mendakwa pihaknya bersifat perkauman.

“Siasatan kita adalah berdasarkan kepada setiap laporan yang diterima dan menjalankan siasatan secara adil tanpa mengira bangsa dan agama.

“Cadangan pertuduhan yang dibawa ke kamar Timbalan Pendakwa Raya adalah berasaskan bukti dan keterangan yang ada,” ujarnya.

Tambahnya, Kenyataan Haridas yang berbaur fitnah telah memesongkan fakta sebenar daripada orang awam dan memberikan implikasi yang negatif ke atas kredebiliti Polis Diraja Malaysia secara amnya. -SM

(Visited 702 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button