Nasional

Senator Awang Sariyan penerima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman 2023 UPSI

RAJA Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman 2023 kepada tokoh bahasa , Senator Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan sempena Sambutan Hari Guru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Beliau adalah pakar dalam bidang linguistik dan perancangan bahasa, tamadun alam Melayu serta persuratan pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor itu pernah menyandang Kursi Za’ba di UPSI, serta penyandang Kursi Pengajian Melayu kerajaan Malaysia di Beijing, serta pernah menjadi Profesor tamu di beberapa universiti terkemuka antarabangsa.

Tuanku Zara mengurniakan Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman 2023 kepada Senator Awang Sariyan.

Awang Sariyan menghasilkan 70 buah buku ilimiah, buku umum, buku teks serta buku himpunan puisi dan menerbitkan lebih dari 500 makalah dalam jurnal, majalah dan surat khabar serta lebih 200 kertas kerja dan syarahan disampaikan seluruh pelosok dunia.

Beliau menerima hadiah wang tunai bernilai RM 5 ribu, selempang tokoh serta sijil iringan.

Selain anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman, Tuanku Zara turut berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Guru Alumni kepada sembilan penerima antaranya Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Hamdan Bahari; Sasterawan Negara Ke-15 dan Presiden Persatuan Penyair Malaysia ( PENYAIR), Datuk Rahman Shaari; Presiden Persatuan Penulis Budiman Malaysia dan Prof Adjung Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) , Profesor Dr. Abdul Halim Ali dan Komposer terkenal Rozman Shafie (LY).

Baginda yang juga Canselor UPSI juga berkenan mengurniakan Anugerah Guru Cemerlang kepada 23 orang tokoh penerima hadiah tersebut di hadapan lebih lima ribu pengunjung yang terdiri daripada warga universiti, guru, kakitangan kerajaan, para alumni serta masyarakat sekitar daerah Muallim.

Seterusnya 15 guru turut terpilih menerima Anugerah Guru Cemerlang antaranya Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan, Abd Rahman Ali Bashah; Pemenang Malaysia Teacher Prize 2022, Anuthra Sirisena; Tokoh Sambutan Maulidur Rasul Negeri Melaka 2021, Chan Chin Ho; penerima Anugerah Global Teacher 2021, Komathy Veerasinghan; Mantan Menteri Pelajaran Kanan Brunei, Datuk Paduka Muhammad Taha Abdul Rauf; Mantan Menteri Negara Kanan Singapura, Datuk Seri Sidek Saniff dan ramai lagi.

Keseluruhan penerima Anugerah Tokoh Guru Alumni dan Anugerah Guru Cemerlang membawa pulang duit syiling ‘Peringatan 100 Tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI’ dan sijil iringan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah serta Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti, Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah.

Sementara itu Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin dalam ucapan aluannya majlis Sambutan Hari Guru dianjurkan setiap tahun tersebut sebagai salah satu inisiatif untuk menghargai jasa pengorbanan seorang insan bergelar guru yang telah menabur bakti mendidik bangsa tanpa jemu .

“Jika ditelusuri sejarah tanah Muallim, di sini lahirnya ramai insan termulia yang bergelar guru yang berbakti di seluruh negara,”

Koir yang terdiri daripada mahasiswa Fakulti Muzik dan Seni Persembahan menyanyikan lagu “Kami Guru Malaysia”.

Tahun ini, Sambutan Hari Guru Peringkat UPSI disambut bersama Sambutan Hari Raya yang dihadiri lebih 4,000 tetamu termasuk warga UPSI.

“UPSI telah melahirkan legasi pendidikan di seluruh negara, bermula dari zaman Sultan Idris Training College (SITC) sehingga terukirnya nama-nama tokoh guru yang hebat Pendeta Za’ba, Aminuddin Baki, Tun Rahman Abbas, Ibrahim Haji Yaakub, Tun Abdul Ghafar Baba dan ramai lagi tokoh pendidik yang memberi inspirasi kepada kita dalam menabur bakti sebagai warga pendidik,” jelasnya.

Menurut Md Amin lagi, seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, UPSI selaku Peneraju Kebitaraan Pendidikan sentiasa berusaha mengorak langkah menerajui kecemerlangan pendidikan merangkumi tiga intipati insaniah iaitu Integriti, Adab dan Akhlak.

Majlis sambutan turut diwarnai dengan bacaan ikrar guru, persembahan koir yang menyanyikan lagu “Guru Malaysia” dan tarian tradisional kontemporari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) UPSI, serta jamuan santapan. -SM

Baca juga : UPSI Berjaya Rangkul 4 Emas, 4 Perak di ITEX 2023

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button