Politik

SPR pasang kamera video di semua saluran pengundian PRK Kimanis

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan memasang kamera video di 68 saluran pengundian PRK Kimanis yang akan berlangsung di Sabtu ini.

Menurut Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun, pengenalan penggunaan kamera video di semua saluran mengundi itu merupakan salah satu usaha penambahbaikan untuk pilihan raya yang cekap dan telus.

Jelas Azhar Azizan, penggunaan kamera video tersebut adalah untuk merakam keadaan dalam saluran dan memudahkan SPR untuk menyemak semula proses pengundian dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Ia dipasang di semua 68 saluran dan akan dikendalikan oleh pegawai SPR.

“Rakaman tersebut juga akan digunakan sebagai pemantauan kualiti dan rujukan untuk tujuan latihan dan penambahbaikan proses pilihan raya akan datang,” kata Azhar Harun dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemasangan kamera video di semua saluran itu sama sekali tidak akan menjejaskan kerahsiaan pengundian.

Ini kerana kamera dipasang jauh dari petak undi dan kehadiran ejen calon di tempat mengundi turut dikekalkan.-SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button