Ekonomi

Central Global Bhd lantik 2 pengarah baharu

Central Global Bhd (Central Global atau Syarikat ) hari ini mengumumkan pelantikan Tengku Dato’ Indera Abu Bakar Ahmad dan Shaharuddin Abdullah sebagai pengarah bukan eksekutif baharu Kumpulan.

Central Global dalam kenyataanya berkata, Tengku Abu Bakar, 36, berpengalaman di dalam perancangan strategik, mengkhusus dalam perniagaan berkaitan kesihatan, e-dagang dan teknologi maklumat.

Tengku Datuk Indera Abu Bakar Ahmad
Tengku Datuk Indera Abu Bakar Ahmad

Beliau kini merupakan pengerusi Fomema Sdn. Bhd., yang mengendalikan sistem ujian pemeriksaan perubatan pekerja asing di Semenanjung Malaysia, selain menjadi pengerusi beberapa syarikat berkaitan lain.

“Beliau juga adalah pengarah Bookdoc Holdings Sdn Bhd, yang menguruskan aplikasi mobil menghubungkan pesakit dengan profesional perubatan,” kata Central Global hari ini.

Tengku Abu Bakar merupakan pemegang Ijazah Perakaunan Perniagaan dari Swinburne University of Technology, Hawthorne, Australia.

Beliau juga sepanjang kerjayanya meraih pengalaman dengan berurusan besama syarikat multinasional dan memberikan bimbingan serta sokongan di dalam syarikat di mana beliau merupakan anggota lembaga pengarah.

Manakala Shaharuddin, 60, merupakan bekas pegawai Polis Diraja Malaysia dan bersara sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis dengan jawatan akhirnya Ketua Pentabiran Jabatan Sumber Manusia (Polisi) PDRM.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Penyiasatan Forensik dari Universiti Malaya.

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button