Nasional

Virtual Halal Summer Camp 2020 tawar pembelajaran interaktif maya

PERMINTAAN terhadap produk dan perkhidmatan halal di seluruh dunia menunjukkan industri halal berpotensi menjadi sumber baharu kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi global.

Sebagai rekod, dua tahun lalu, industri tersebut mempunyai nilai pasaran yang dianggarkan melebihi USD2.3 trilion.

Melihatkan peningkatan yang ketara, pensijilan halal bagi mengesahkan standard dan piawaian halal yang dahulunya tidak dianggap penting, kini diterima scara meluas sehingga merentasi sempadan geografi

Pengasas Virtual Halal School (VHS), Amir Hamzah Md Isa berkata, penting adanya program perkongsian ilmu dan percambahan ideo oleh pakar-pakar yang ada dalam industri halal.

“Kita perlu membuka peluang kepada masyarakat untuk memahami dan mendalami sepenuhnya konsep halal dari sudut syariah dan keperluan industri.

“Justeru VHS mengambil inisiatif menganjurkan Virtual Halal Summer Camp (VHSC) 2020 yang bakal berlangsung pada 6 Julai sehingga 31 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Menurut Amir Hamzah, selain perkongsian ilmu dan percambahan idea, program VHSC 2020 turut dilihat sebagai hub bagi pakar-pakar dalam industri halal sama ada dalam kalangan ahli akademik, pengamal industri serta mereka yang berpengalaman dan terlibat langsung dalam pembangunan industri halal negara, berkongsi pendapat.

Amir Hamzah berkata, bertemakan Memahami Halal dalam Industri dan Kehidupan, VHSC 2020 melibatkan sesi pembelajaran interaktif  secara maya yang dilaksanakan mengikut keselesaan peserta dan setiap kuliah boleh diikuti melalui telefon bimbit atau komputer peribadi di mana-mana sahaja.

“Sistem pembelajaran pasca COVID-19 sudah berubah dan pandemik ini telah membataskan pergerakan kita untuk menghadiri sesi kuliah atau seminar secara fizikal, jadi pengajian secara maya adalah yang terbaik.

“VHSC mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kita mahu semua lapisan masyarakat termasuk yang bukan Islam mendapat akses yang mudah dan maklumat menyeluruh berkaitan halal.

“Pembelajaran secara kendiri melalui platform E-Learning ini juga membolehkan peserta mendalami setiap topik yang disusun mengikut kesesuaian masa dan keselesaan peserta,” katanya.

VHS merupakan inisiatif pembelajaran halal secara maya yang dimiliki dan dikendalikan oleh UNITI Halal Centre, organisasi pendidikan yang berpengalaman luas dalam pendidikan tinggi dan latihan profesional berkaitan halal.

Beliau memberitahu, program sulung VHS itu bakal melibatkan 17 tenaga pakar yang akan membincangkan pelbagai aspek berkaitan industri halal mengikut kepakaran masing-masing.

“Kita telah menyusun 20 kuliah dan pada setiap sesi kuliah berdurasi 45 minit hingga sejam, peserta boleh berikteraksi dan bertanyakan persoalan kepada tenaga pengajar yang terlibat dan kesemua soalan akan dijawab.

“Sesi-sesi kuliah ini juga akan memperincikan isu dan kepentingan industri halal tempatan dan antarabangsa. Lebih menarik.

“Jika peserta terlepas mana-mana sesi kuliah, mereka boleh mengikuti ulang siar semula sepanjang 24 jam selama 4 bulan atau 120 hari,” ujar beliau.

Amir Hamzah berkata, pihaknya menawarkan promosi istimewa yuran penyertaan VHSC 2020 kepada semua peserta yang mendaftar sebelum 30 Jun iaitu RM88 seorang, berbanding kadar asal iaitu RM1,488.

“Bagaimanapun semua peserta perlu mendaftarkan diri sebagai pelajar Virtual Halal School dan dengan yuran sekali seumur hidup, mereka layak untuk terus mengikuti program-program profesional dan seminar berkaitan halal yang telah disusun selepas ini,” katanya. – SM

 

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button