Nasional

Keluhan berakhir, Bank Rakyat sediakan ATM untuk warga Air Kuning

BANK RAKYAT tampil membuka sebuah ATM di salah sebuah premis BHP bagi memudahkan warga Air Kuning di Perak mengeluarkan wang tunai.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasani berkata, tindakan itu adalah sesuatu yang perlu kerana ia merupakan hajat rakyat.

Kata Saraswathy saat tempat lain sedang menikmati kepesatan ekonomi, ramai tidak tahu bahawa sebelum ini, warga Air Kuning terpaksa meredah perjalanan sejauh 20KM hanya untuk keluarkan duit.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasani Merasmikan penempatan ATM di BHP Air Kuning

“Ada di antara anak muda terpaksa pergi jauh pada waktu malam untuk mengeluarkan duit sehingga menyebabkan kemalangan, jadi inilah permintaan dari penduduk setempat untuk adakan penempatan ATM ini.

“Jadi saya telah maklumkan permintaan ini kepada Bank Rakyat dan mereka telah mengambil inisiatif untuk mencari tempat sesuai meletakkan penempatan ATM dan perlu meletakkan di tempat yang selamat saya juga mengucapkan terima kasih BHP kerana memberi peluang untuk meletakkan mesin ATM tersebut,” jelasnya selepas acara perasmian yang berlangsung di BHP Air Kuning

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Bank Rakyat, Encik Nor Haimee Zakaria berkata, usaha ini membuktikan Bank Rakyat dalam menyediakan perkhidmatan perbankan asas untuk komuniti luar bandar terutama kepada masyarakat yang masih tiada dan kurang keperluan asas perbankan (unserved dan underserved) khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Bank Rakyat, Encik Nor Haimee Zakaria

“Penempatan ATM ini adalah wajar kerana penduduk di kawasan ini dianggarkan perlu mengambil masa sekurang- kurangnya lebih 20 minit dengan jarak 19.8-kilometer untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan akses perbankan.

“ATM ini merupakan satu-satunya ATM yang terdapat di pekan Air Kuning dan ATM yang terdekat terletak di Kampar dan Tapah,”katanya semasa merasmikan program Jangkauan Komuniti Bank Rakyat di Air Kuning.

Di samping itu, kenamaan yang hadir turut merasmikan Kebun Nuri Nutrisi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Kuning yang menguruskan tanaman sayuran sawi putih (pak choy) sebanyak 480 pot dan dianggarkan memanfaatkan 180 pelajar.

Perasmian Kebun Nuri di SMK Air Kuning

Objektif utama program kebun nuri Nutrisi ini dilaksanakan bagi membantu pelajar golongan B40 di sekolah berkenaan.

Dalam pada itu juga boleh memperoleh bantuan dana secara berterusan menerusi pengurusan tanaman kebun sayuran yang mana hasilnya boleh di tuai dan dijual.

Tanaman inisiatif Bank Rakyat bersama pihak sekolah

Inisiatif ini juga seiring dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), yang mencipta nilai untuk pemegang kepentingan Bank. – SM 

 

Artikel berkaitan > Raja Muda lancar Lorong Rakyat Bank Rakyat di Kampung Seberang Ramai

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button