Politik

PRN Melaka: Penyokong parti tidak dibenar berhimpun esok

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan penyokong parti politik untuk hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung esok.

Setiusaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong di mana-mana tempat sepanjang Hari Penamaan Calon.

“SPR berharap agar proses penamaan calon berjalan lancar tanpa apa-apa insiden tidak baik, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“SPR menyeru kepada semua calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan pada Hari Penamaan Calon,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Ikmalrudin berkata, sebanyak 28 Pusat Penamaan Calon akan dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi begai membolehkan kertas penamaan calon dikemukakan kepada Pengawai Pengurus Pilihan Raya.

Bagi memudahkan proses, SPR meminta bakal-bakal calon yang ingin bertanding agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum Hari Penamaan Calon.

Bakal-bakal calon juga dinasihatkan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal.

“Perlu diingatkan bahawa resit pembayaran perlu dibawa pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti bayaran.

“Ini adalah bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar,” katanya.

Calon juga diingatkan membawa surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili dan perlu dikemukanan semasa menyerahkan kertas penamaan.-SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button