Mahkamah

Suami isteri direman lima hari buat tuntutan palsu RM1.18 juta

Sepasang suami isteri direman lima hari bermula hari ini selepas dipercayai mengemukakan tuntutan palsu di bawah dana insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) sebanyak RM1.18 juta, sejak dua tahun lalu.

Perintah reman bermula sehingga 18 Julai itu dikeluarkan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh terhadap kedua-dua suspek berusia 54 dan 49 tahun.

Tempoh tahanan reman itu dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Kesalahan 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Terdahulu, pasangan itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah, Ayer Keroh, Melaka kira-kira pukul 9.50 pagi dengan hanya suspek lelaki memakai baju lokap SPRM berwarna jingga, manakala si isteri memakai baju kelabu.

Riak wajah kedua-dua suspek nyata tenang sewaktu proses permohonan reman selesai kira-kira 30 minit kemudian.

Difahamkan pasangan itu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka, Alai selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mengemukakan tuntutan palsu di bawah dana Penjana Kerjaya berjumlah RM1,182,600.

Suspek yang merupakan pemilik sebuah syarikat di Melaka disyaki melakukan kesalahan itu antara 2020 sehingga tahun ini. – SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button