Nasionalpilihan

Berkat rancak promosikan Halo Telco, Perodua Bezza dan Myvi jadi hadiah penghargaan!

Berkat rancak promosikan simkad Halo Telco kepada pengguna awam dengan tawaran data yang menarik, dua dealer simkad jenama tersebut bersyukur apabila terpilih untuk membawa pulang Perodua Bezza dan Myvi.

Ujar Ikram Ibrahim, 25, dia sudah mula terlibat sebagai dealer Halo Telco sejak tiga tahun lalu semasa masih belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Difahamkan pada mulanya, nama saya termasuk dalam senarai Top 50 yang melayakkan nama saya dipilih sebagai salah seorang peserta peraduan Halo Telco.

“Keputusan dibuat semasa saya sedang mengerjakan umrah di Mekah dan saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk memenangi sebuah Proton Myvi,” katanya.

Ikram berkata demikian semasa ditemui Suara Merdeka dalam majlis Malam Anugerah Ikon Usahawan Halo Telco yang berlangsung di Zenith Putrajaya, baru-baru ini.

Turut hadir, CEO Halo Telco, Mohd. Shukrie Rahim atau lebih mesra dengan sapaan Bos Shukex.

Baca Juga: Halo Telco tawarkan pelan Bebas 55, Fokus 40 dan Fokus 30 untuk pencinta internet!

Dalam majlis sama, Muhammad Ashraf Ainul Yakin, 26, yang baru sahaja menceburkan diri sebagai dealer Halo Telco sejak dua tahun lalu turut meraikan kesyukuran.

“Saya mula terlibat sebagai dealer simkad Halo Telco ini pada awal 2020 dan ketika itu, negara masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kesemua jualan saya terpaksa lakukan secara atas talian namun tidak disangka-sangka, rezeki menyebelahi saya dan pada malam ini saya terpilih untuk memenangi Perodua Bezza,” katanya.

(Visited 476 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button