Politik

Timbalan Ketua Bersatu Pekan jadi calon bebas PRK Chini

TIMBALAN Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin mengumuman untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini 4 Julai ini.

Dia mengambil keputusan untuk bertanding selepas Bersatu mengumumkan untuk menyokong calon Barisan Nasional yang akan bertanding bagi pihak Perikatan Nasional.

Tengku Zainul, 64, yang merupakan anak jati Pekan dan merupakan seorang ahli perniagaan.

BN hari ini mengumumkan seorang anak peneroka Felda dan anak tempatan, Mohd Sharim Md Zain akan bertanding sebagai calon BN di PRK Chini. 

Pakatan Harapan sebelum ini telahpun mengumumkan mereka tidak akan bertanding kerana penularan Covid-19.-SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button