Ekonomi

Agoda menggunaka AI untuk kongsikan Destinasi Antarabangsa bagi Menyambut Ambang Tahun Baharu

Menjelang penghujung tahun ini, platform pelancongan digital, Agoda menggunakan teknologi AI untuk menyenaraikan destinasi global terbaik untuk menyambut Ambang Tahun Baharu yang yakin sukar untuk dilupakan.

Dengan mengambil kira keperluan pelancong tegar, mereka yang suka berpesta serta yang berkeluarga, sepuluh destinasi pilihan teratas ini menjanjikan pemandangan yang indah, pesta yang meriangkan dan suasana meriah yang tiada tandingan untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu.

Daripada bunga api ikonik di Pelabuhan Sydney hingga ke acara kira detik ‘ball drop’ legenda di Times Square, senarai destinasi ini menawarkan idea untuk menikmati budaya yang berbeza, pertunjukan bunga api yang menakjubkan, termasuk berpesta di Rio de
Janeiro atau merasai sendiri tradisi Hogmanay di Edinburgh.

Cleland Robertson, Pengarah Perkhidmatan Rakan Niaga – Malaysia & Brunei di Agoda berkata “Meneroka sempadan inovasi dan teknologi terkini adalah nadi kepada apa yang kami lakukan di Agoda, jadi mengapa tidak berseronok sedikit dengan kisah  hujung tahun ini.

Seperti yang disyorkan oleh beberapa perisian AI terkini yang terkemuka, senarai ini bertujuan menyemarakkan rasa keinginan kalangan pelancong serta memberikan dorongan menjadi lebih spontan untuk menempah percutian pada saat akhir di Agoda.

Sama ada percutian singkat di Asia ataupun perjalanan lebih lama ke seberang dunia, Agoda pastinya menyediakan tawaran yang terbaik.”

Agoda turut menyenaraikan 10 destinasi hebat malam ambang tahun baru

1. Singapura: Saksikan pertunjukan bunga api yang mengagumkan di Marina Bay serta nikmati pesta dan karnival jalanan yang meriah.

2. Bali, Indonesia: Raikan di tepi pantai dengan pertunjukan bunga api dan persembahan tarian tradisional Bali.

3. Ho Chi Minh City, Vietnam: Nikmati suasana pesta yang meriah dengan percikan bunga api merentasi Sungai Saigon and hiburan malam di District 1.

4. Tokyo, Jepun: Rasailah tradisi orang Jepun untuk menyaksikan matahari terbit yang pertama dengan acara sambutan kebudayaan serta pesta kira detik ke Tahun Baharu yang moden.

5. Sydney, Australia: Saksikan kehebatan pertunjukan bunga api yang terkemuka di Jambatan Sydney Harbour dan Rumah Opera, dengan acara dan pesta mesra keluarga.

6. New York City, USA: Sertai ribuan orang di Times Square untuk menyaksikan ‘ball drop’ yang ikonik, atau pilih untuk menghadiri pesta dan konsert yang banyak terdapat di serata kota ini.

7. Rio de Janeiro, Brazil: Alami suasana pesta yang meriah di Pantai Copacabana Beach, dengan rentak tarian samba dan pertunjukan bunga api yang mengagumkan.

8. London, England: Saksikan langit malam diterangi percikan bunga api di sepanjang Sungai Thames, dengan pelbagai acara pesta di atas bot untuk dipilih..

9. Edinburgh, Scotland: Ambil bahagian dalam acara sambutan Hogmanay yang bersejarah, lengkap dengan perarakan, konsert, dan tradisi Loony Dook yang unik (sebuah acara renang berpakaian beragam di muara sungai Firth of Forth yang dingin pada Tahun Baharu)

10. Reykjavik, Iceland: Sertai komuniti tempatan untuk berkumpul di unggun api awam dan saksikan pertunjukan bunga api yang berlatarbelakangkan lanskap bersalji, dengan peluang untuk melihat fenomena Cahaya Utara.

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button