Nasional

Aidiladha: Tiada sekatan perjalanan, hanya SOP sambutan disemak

KERAJAAN telah menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban setelah mengambil kira risiko penularan semula jangkitan virus Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kerajaan membenarkan jamuan di rumah tetapi tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

Kerajaan juga telah memutuskan untuk menghadkan haiwan korban tidak lebih daripada 10 ekor bagi satu lokasi yang telah dibenarkan. Had jumlah haiwan bagaimanapun tertakluk kepada keluasan lokasi korban.

Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban pula dihadkan kepada 20 orang untuk setiap ekor haiwan.

“Walau bagaimanapun, Kerajaan menggalakan agar ibadah Koraban dilakukan di 28 rumah penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan 31 rumah penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan.

“Jamuan makan di tapak korban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini.

Bagi Individu-individu yang masih dalam proses kuarantin rumah mereka dilarang sama sekali untuk keluar dari rumah apatah lagi untuk pulang ke kampung ataupun menunaikan Solat Sunat Aidiladha malah tidak boleh untuk menerima tetamu.

“Jika individu yang memakai wristband kuarantin melanggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada PDRM,” tegas Ismail Sabri.-SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button