Hiburan

Penyanyi, komposer terkenal Coco Lee meninggal dunia

COCO LEE mungkin artis atau penyanyi yang bukan zaman generasi muda hari ini tetapi selebriti itu pernah beberapa kali datang ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk mempromosikan albumnya.

Coco dilahirkan di Hong Kong dan selain menyanyi, beliau juga merupakan komposer dan namanya menjadi amat popular sekitar tahun 1990-an di China dan Taiwan.

Kelebihan Coco apabila datang ke Kuala Lumpur ialah beliau fasih berbahasa Inggeris dan wartawan SUARA MERDEKA sendiri yang pada ketika itu menjadi wartawan MAJALAH HAI (dibawah penerbitan Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad) pernah berkesempatan menemubual beliau.

Hari ini para peminat Coco dikejutkan dengan berita kematiannya yang baharu berusia 48 tahun. Sebelum meninggal dunia, dia berada dalam keadaan koma selepas cuba membunuh diri disebabkan oleh kemurungan.

Punca kemurungan beliau ialah dia pernah menjalani pembedahan di kaki dan susulan daripada pembedahan itu, Coco tidak dapat berjalan seperti sedia kala.

Sebagai insan yang dilahirkan sempurna pancainderanya, ketidak upayaan berjalan sudah tentu dipandang sebagai satu kecacatan yang kekal oleh Coco dan besar kemungkinan, dia tidak dapat menerima kenyataan itu.

Teringat keletah Coco suatu ketika dahulu ketika datang ke Kuala Lumpur, dia seorang yang ceria, periang, menjawab apa juga soalan yang diajukan kepadanya oleh wartawan hiburan Malaysia, termasuk penulis sendiri.

Dan trademark Coco ialah warna rambutnya yang sering bertukar-tukar selain daripada fesyen yang diperagakan oleh beliau ketika datang ke Kuala Lumpur. Seperkara lagi, Coco murah senyum!

Hilang sudah Coco Lee di atas muka bumi ini dan pemergiannya yang tragis pasti ditangisi bukan sahaja oleh adik beradiknya yang mana Coco ialah anak bongsu daripada tiga orang adik beradik dan keluarganya tetapi juga oleh para peminat Coco Lee.

Untuk rekod, Coco menyanyikan lagu dalam filem berjudul Mulan versi Disney dan ayah Coco ialah warganegara Malaysia.

Coco pernah berkahwin pada tahun 2011 dengan seorang ahli perniagaan dari Kanada, Bruce Rockowitz. – SM

BACA Syuk Sahar jadi rebutan lagi, Fara Salleh ugut bunuh diri, Rossa Sera rela dimadukan

BACA Bekas isteri ke-3 Raja Qatar bunuh diri.

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button