Nasionalpilihan

Nuramrul Amri Chan penerima Anugerah Peserta TDA MAIPs

Nuramrul Amri Chan, 41 diumumkan sebagai penerima Anugerah Peserta Taman Desa Asnaf (TDA) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Terbaik Bagi Tahun 2023.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua telah berkenan berangkat hadir bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan berupa wang tunai RM1,000, cenderamata dan sijil daripada MAIPs kepada beliau pasa majlis di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Demikian menurut siaran media MAIPs hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat kepada salah seorang asnaf di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor yang memaklumkan bahawa Nuramrul Amri adalah salah seorang peserta Taman Desa Asnaf (TDA) Batu Bertangkup terawal sejak bermulanya pembinaan TDA sehingga kini dan merupakan ketua penduduk dan ketua di ladang TDA selama 10 tahun.

Menurut Mohd Nazim, beliau banyak membantu khususnya dalam pengurusan ladang dan kediaman TDA dari pelbagai sudut, termasuklah aktivti-aktiviti di taman yang memerlukan penglibatan seluruh keluarga peserta dan pengurusan peserta-peserta di ladang tersebut.

Selain itu, Nuramrul Amri turut memiliki kelebihan sebagai seorang imam serta bakat dalam pengucapan umum serta pengurusan majlis, dan kini beliau juga merupakan salah seorang Pegawai Khas di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

Nuramrul Amri turut memberikan contoh yang baik terhadap isteri serta anak-anaknya di mana isteri beliau juga menjadi ketua kepada kaum wanita di TDA, serta melibatkan diri secara aktif di dalam pelbagai bengkel latihan yang dianjurkan di taman itu.

Beliau kini merupakan pengusaha kraftangan dan bonsai kelapa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat kepada salah seorang asnaf di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Antara kraftangan utama yang diusahakan adalah tanjak Perlis “Putra Julang Darjat”, sampin, bengkung dan banyak lagi.

Lebih membanggakan beliau telah mempunyai jenama sendiri iaitu “Tok Togok” yang difahamkan telah diambil daripada nama panggilan atuk beliau yang merupakan seorang yang berpengaruh pada suatu ketika dahulu di Kuala Perlis.

Anak-anak kepada kedua pasangan ini iaitu perempuan dan seorang lelaki juga begitu menyerlah dalam bidang akademik dan ko-kurikulum di sekolah masing-masing.

Usaha dan sikap sebegini harus dicontohi semua pihak dan merupakan tuntutan di dalam Islam.

Di program yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM700 setiap seorang kepada 70 asnaf terpilih daripada kariah Kota Raja Arau 1 dan 70 lagi dari kariah Kota Raja Arau 2 dengan jumlah penuh disalurkan oleh MAIPs pada sesi tersebut kali ini bernilai RM98,000.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah kepada para asnaf sempena majlis sumbangan zakat MAIPs di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Nazim mengulangi titah Raja Muda mengingatkan kepada orang ramai agar menggunakan kesempatan di akhir tahun ini untuk menunaikan kewajipan berzakat yang telah difardukan.

“Setiap sumbangan zakat yang dilaksanakan melalui MAIPs mendapat pelepasan atau dikecualikan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967”. – SM

Artikel berkaitan > Raja Muda zahirkan kebanggaan anak yatim piatu cemerlang SPM

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button