Nasional

Anwar terima kunjungan hormat 16 perwakilan diplomatik ke luar negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat 16 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang akan memulakan tugasan di negara penempatan masing-masing.
Selain bertukar pandangan berkenaan dasar dan hala tuju hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara dituju mereka, Perdana Menteri berkata beliau juga berkongsi aspirasi dan perspektif isu domestik yang menjadi keutamaan kerajaan, terutama selepas pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lepas.
“Sekalung penghargaan diucapkan dan selamat maju jaya kepada semua yang telah dilantik.

“Moga dapat menggalas amanah yang diberikan dalam mengangkat imej, reputasi dan martabat negara ke peringkat lebih tinggi di persada antarabangsa, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Antara yang hadir ialah Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad; Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai; Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Datuk Nadzirah Osman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Muzafar Shah Mustafa.
Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Belanda Roseli Abdul; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Rus Shazila Osman dan Duta Besar Malaysia ke Mexico, Jamal Sharifuddin Johan.
Kesemua 15 Ketua Perwakilan Diplomatik itu menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 4 Okt lepas, manakala Nadzirah menerima surat pelantikan daripada Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir sehari sebelumnya. – SM 
(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button