Politik

Baharu tiga bulan sudah gelabah – Wira Putra

PARTI ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang kini masih lagi dalam proses pendaftaran dinasihat untuk memberi sedikit masa lagi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ini kerana, tempoh tiga bulan itu masih terlalu awal untuk agensi kerajaan berkenaan membenarkan penubuhan parti politik baharu.

Justeru, pimpinan parti itu termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu bersabar menunggu kelulusan penubuhan parti.

Sedangkan parti-parti baharu yang lain pun perlu mengambil masa yang lebih lama untuk lulus sebelum tindakan semakan kehakiman dibuat.

“Gedik betul, baru tiga bulan sudah tak sabar.

“Putra lepas 8 bulan tak dapat khabar dari RoS baru buat semakan kehakiman.”

Kata Ketua Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Syed Saddiq yang mahu membuat semakan kehakiman selepas tiga bulan tiada maklum balas mengenai permohonan penubuhan partinya, Muda.

Namun, Syed Saddiq sebelum ini menegaskan, proses kelulusan sepatutnya mengambil masa cuma 30 hari sahaja seperti pendaftaran Bersatu dahulu.

Oleh demikian, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memutuskan untuk menggunakan saluran perundangan bagi mendapatkan kelulusan penubuhan parti Muda.

NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

Beliau juga memaklumkan melantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Datuk Ambiga Sreenevasan mewakili Muda untuk membawanya ke peringkat perundangan.

Dalam pada itu Nasrul Ali Hasan menempelak tindakan Syed Saddiq kerana selain tidak sabar, ia juga menggambarkan Muda yang saggup bekerjasama dengan Tommy dan Ambiga.

“Sudah lah tidak sabar, siap pakai Tommy dan Ambiga bagai. Kalau ini cara dan gayanya, memang gelaplah masa depan negara.

“Rakus dan gopoh sunggih. Bagi kuasa kepada pemimpin myda yang bukan nasionalis tidak menjamin masa depan negara cemerlang.

“Melainkan hendak ikut jejak langkah sifu dan ‘grand master’ dia untuk kaun keuntungan demi poket sendiri,” ujarnya. – SM

 

(Visited 455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button