Hiburan

Mael Totey bakal difilemkan

BINTANG YouTube tempatan, Syahmi Sazli seperti memberi tanda awal untuk membawa watak Mael Totey ke versi filem pula.

Syahmi dalam laman sosial Instagramnya memuat naik sekeping gambar poster filem Mael Totey bersama sebahagian teks yang dipercayai sinopsis kepada filem tersebut.

Di dalam ruangan komen, bintang YouTube dengan subscriber berjumlah 2.28 juta itu berkata sesi pengambaran mungkim dijalankan bermula minggu hadapan.

“InsyaAllah akan ditayangkan tahun ini di Astro First. Doakan mi,” katanya.

Mael Totey merupakan satu daripada drama pendek Syahmi yang mendapat jumlah tontonan tinggi di saluran YouTubenya.

Purata tontonan siri Mael Totey di saluran tersebut mencecah 2 hingga ke 3 juta tontonan.

Sebelum ini, Syahmi bersama dua gandingan rapatnya iaitu Asif dan Yoe Parey membintangi filem Syif Malam Raya yang diarahkan Datuk A. Razak Mohaideen.

Filem itu berjaya mengutip RM3 juta dalam masa 10 hari tayangan di Astro First.

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan Syahmi, Asif dan Yoe Parey menjadi teraju utama dalam filem Mael Totey. – SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button