Alam Sekitar

Tanah Runtuh: 7 Kampung, Sekolah Di Sarawak Terputus Hubungan

Penduduk di tujuh kampung di Hulu Padawan, Sarawak terputus hubungan akibat tanah runtuh berlaku di laluan antara Kampung Abang dan Sekolah Kebangsaan Kambug petang tadi disebabkan hujan lebat sejak malam tadi.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin yang memaklumkan perkara itu di Facebooknya berkata, laluan itu belum dapat dilalui semua kenderaan.

“Kami telah memaklumkan kejadian ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan CMS Road Maintenance untuk tindakan segera,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong, Jerip Susil berkata, kakitangan JKR Tapah sudah bergerak ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Keadaan (jalan raya yang tertimbus) perlu dibersihkan segera supaya penduduk terjejas tidak lama terkandas, terutama mereka yang pulang serta ke tempat kerja, termasuk murid ke sekolah esok.”

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button