Nasional

Isu air mentah: Perak ada asas tolak permintaan Pulau Pinang

MUAR 4 Mac – Keputusan kerajaan negeri Perak memuktamadkan tidak membekalkan air mentah kepada kerajaanPulau Pinang menerusi projek Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) ada asas yang harus diterimaoleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perak telah menjelaskan mengapa
mereka menolak permintaan daripada Pulau Pinang disebabkan bekalan air yang sedia ada tidak mencukupi
untuk keperluan rakyat di Perak.

Menurutnya, beliau telah dimaklumkan hasil pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani
Mohamad memberitahu bahawa menjelang 2035 dijangkakan pertambahan penduduk mencecah 3 juta menyebabkan
keperluan air sangat terhad.

“Di bahagian Utara Perak, bekalan air mentah belum mencukupi untuk menampung kegunaan kepelbagaian sektor
seperti industri, komersial, pertanian dan kediaman penduduk.

“Saarani juga menegaskan keperluan bekalan air mentah untuk kegunaan rakyat di Perak harus diberi
keutamaan justeru itu mereka tidak mampu untuk menunaikan permintaan Pulau Pinang,” ujarnya dalam sidang
akhbar selepas berceramah di di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) Simpang Jeram di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, Pulau Pinang masih mempunyai alternatif lain bagi mengatasi masalah
yang dihadapi terutama Empangan Mengkuang yang terletak di daerah Seberang Prai mempunyai simpanan air
mencecah 30 peratus iaitu yang tertinggi berbanding simpanan di negeri lain.

Justeru beliau berkata, pihak kementerian mempunyai beberapa perancangan untuk membantu Pulau Pinang
termasuk membina takungan air di pinggiran sungai bagi memastikan keperluan rakyat di negeri itu sentiasa
mendapat bekalan air yang mencukupi.

“Saya telah berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang membincangkan perancangan ke depan yang akan
dilakukan oleh kementerian untuk menambah bekalan air mentah bagi menampung keperluan rakyat mereka,”
ujarnya.

Selain itu katanya, Pulau Pinang harus meneroka sumber air dalam tanah seperti yang dilaksanakan oleh
Kelantan bagi menampung bekalan air mentah untuk kegunaan rakyat di negeri itu. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button