Politik

Amaran Sultan Johor jadi penyelamat PN

AMARAN bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor oleh Sultan Ibrahim disifatkan menjadi penyelamat Perikatan Nasional (PN) bagi mengekalkan kerajaan negeri.

Mungkin itu juga menjadi pemahaman kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) apabila mendakwa hampir merampas kembali kerajaan negeri.

Malah, PH Johor mendakwa mereka mempunyai sokongan cukup sebelum ini untuk dibawa ke istana bagi membentuk kerajaan.

Perkara itu dikatakan hampir terjadi sebelum Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memberi amaran sedemikian.

“Pada asasnya PH (Johor) bersetuju untuk mengambil alih kerajaan tetapi terhalang di peringkat akhir.”

BACA > Jururawat bunuh lapan warga emas ditahan — Suara Merdeka

Kata Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah seperti dilaporkan portal Malaysiakini hari ini.

Sebelum itu, PH seolah-olah berkeyakinan mampu merampas kembali kerajaan negeri Johor apabila dakwa mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut Jimmy, beberapa Adun Bersatu dikatakan mahu kembali menyokong PH selepas berpaling tadah sehingga berlaku pertukaran kerajaan negeri itu pada Februari lalu susulan perubahan di peringkat Persekutuan.

JIMMY PUAH

“Sebahagian besar mereka adalah rasional, sama macam Dr Maszlee Malik.

“Adun itu tahu mereka mungkin sudah tiada peluang untuk bertanding semula di kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika terus bersama PN.

“Masa depan politik mereka menjadi pertimbangan utama (untuk kembali kepada PH). Mereka tahu adalah lebih baik untuk mereka bersama PH,” jelasnya.

Susulan itu juga, Jimmy memaklumkan beberapa Adun terbabit bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin PH di Kuala Lumpur.

BACA > Salahkah Hannah Yeoh tanya status pelan kahwin bawah umur? — Suara Merdeka

Dalam masa sama, mereka juga meminta Dr. Mahathir supaya mengadap Sultan Ibrahim bagi menyatakan sokongan dalam DUN terhadap PH.

“Mereka mahukan lampu hijau daripada Mahathir supaya boleh bergabung dengan kami.

“Mereka tak mahu perubahan berlaku tanpa (restu) sultan, sebab itu mereka minta Dr. Mahathir memohon untuk mengadap dahulu,” jelasnya lagi.

Tambah Jimmy, walaupun usaha berkenaan terhalang, namun beliau yakin sekiranya diperingkat pusat PH berjaya merampas kembali kerajaan perubahan turut boleh dilakukan di Johor.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menitahkan ADUN Johor supaya menghentikan polemik politik dan menumpukan perhatian kepada pembangunan dan kesejahteraan negeri.

https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/photos/a.456837507816281/1554901941343160/?type=3&theater

BACA > Tiada larangan bawa anak-anak keluar — Suara Merdeka

Baginda menerusi satu kenyataan dalam Facebooknya turut memberi amaran mahu membubarkan kerajaan Negeri Johor jika masih berlaku perebutan kuasa. – SM

(Visited 1,120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button