Nasional

Boleh kerjakan haji atau tidak diketahui minggu depan

BAKAL jemah haji akan mengetahui sama ada mereka dibenarkan atau tidak mengerjakan ibadat haji tahun ini akan diketahui minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan Tabung Haji baru-baru ini.

Hasil mesyuarat tersebut akan dibentang ke mesyuarat Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Agong.

“Mesyuarat berkenaan status jemaah haji telah diadakan baru-baru ini bersama Tabung Haji sebagai penyelaras jemaah haji di Malaysia.

“Hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan dalam Kabinet kemudian dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, keputusan perbincangan akan diumum pada minggu depan,” kata Zulkifli dalam satu kenyataan hari ini.-SM

 

 

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button