PolitikUncategorized

Kerajaan PN Perlis didesak perinci pelaburan RM2.5b

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Perlis hari ini mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negerri itu yang mendakwa membawa pelaburan RM2.5billion supaya memperincikan senarai dan nilai pelaburan supaya diketahui rakyat.

Ketuanya, Raskhairulimran Raszali berkata, ini kerana rakyat negeri Perlis yang dahagakan pembangunan juga mahu memastikan akan kesahihan daripada kenyataan tersebut.

“Anak muda Perlis amat menantikan peluang pekerjaan yang membolehkan mereka menyumbang kembali jasa dan keringat kepada negeri kelahiran mereka ,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau mengulas petikan daripada akaun rasmi Facebook (FB) Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli “Perlis catat pelaburan RM2.5 billion, jana peluang kerja anak muda”.

“Kami AMK Perlis meragui kesahihan kenyataan tersebut di mana Menteri Besar menyatakan beliau dapat menarik pelaburan sebanyak RM2.5 billion ke Perlis dalam tempoh masa yang sangat singkat,” katanya.

Kata Raskhairulimran, AMK amat berharap agar kenyataan itu bukanlah satu propaganda politik dan bersifat omongan kosong.

Tambahnya, jangan pula PN gunakan kenyataan ini untuk dijadikan sebagai negeri contoh di bawah pimpinannya sebagai modal bagi meraih undi menjelang pilihan raya di enam buah negeri nanti. – SM

BACA PN Perlis umum dua lagi calon DUN yang tertangguh

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button