Rencah Hidup

Tiket MAS mahal, AirAsia tawar harga murah kepada Bung Moktar

SELEPAS mengeluh betapa mahalnya harga tiket sehala penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, sebuah lagi syarikat penerbangan AirAsia menawarkan harga promosi kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

AirAsia dalam balasan terhadap ciapan Bung Moktar di Twitter berkata, mereka berbesar hati menawarkan harga penerbangan sehala berjumlah RM299 sahaja dan tiada caj lain dikenakan.

“Dear YB, kami dengan berbesar hati mau mempersilakan YB terbang sama kami, tiada cas. Ps: Promosi kami untuk penerbangan ke Sabah cuma RM299 saja one way,” kata AirAsia.

Tawaran yang dibuat oleh AirAsia tersebut amat dihargai oleh Ahli Parlimen Kinatangan tersebut. Beliau menyifatkan tawaran tersebut sebagai terbaik.

“Hahaha, what’s a great offer, It’s an honor to get ur offered,” balas AirAsia

Sebelum itu dalam ciapannya Bung Moktar mengeluh harga tiket MAS bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu amat mahal.

Ahli Parlimen dari Sabah itu tidak percaya dengan harga tiket berjumlah RM4499.32 yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Bung Moktar membuat tempahan pembelian tiket itu secara atas talian sehari sebelum dia mahu berlepas.

“Saya tahu semua syarikat mengalami kerugian, semasa Covid-19 melanda seluruh dunia, termasuk British Airline nak bankrup , Virgin Air, Australia, Ravneir Air.

“Namun adalah tidak masuk akal jualan tiket MAS KL to KK one way sahaja harga macam tak boleh percaya,” kata Bung Moktar melalui Twitternya.

Pada 3 Julai lalu Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga tiket penerbangan perlu kembali kepada asal kerana kerajaan telah membenarkan jumlah penumpang berkapasiti penuh.

Ismail Sabri memberitahu, pihaknya mengambil maklum mengenai rungutan orang ramai berhubung harga tiket penerbangan yang tinggi terutama bagi penerbangan domestik antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

“Di peringkat awal itu, kita memahami harga tinggi kerana arahan yang dikeluarkan adalah mereka (syarikat penerbangan) tidak boleh mengambil penumpang dengan kapasiti penuh kerana penjarakkan sosial di dalam pesawat, iaitu 66 peratus sahaja.

“Tetapi kita akhirnya kita telah membenarkan syarikat penerbangan mengambil penumpang kapasiti penuh, tiada lagi penjarakkan sosial.
“Oleh itu, mesyuarat berpendapat bahawa harga tiket perlu kembali kepada asal sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan. Tak ada alasan lagi mereka kurang kapasiti penumpang kerana kita telah membenarkan kapasiti penuh,” katanya pada sidang media.-SM
(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button