JenayahNasionalNegeri

Rangka manusia ditemukan di tebing Sungai Malim

Satu rangka manusia ditemui dalam keadaan tidak sempurna di tebing Sungai Malim, Taman Gadong Perdana, Melaka, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penemuan rangka itu daripada orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurutnya, selepas menerima aduan itu, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan anjing unit pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Melaka mengesahkan itu adalah rangka manusia berada dalam keadaan tidak sempurna,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, separuh daripada rangka itu telah tertimbus tanah dan ditutup dengan daun.

Katanya, rangka manusia itu dipercayai telah diangkat naik dari sungai itu oleh jengkaut yang sedang membuat kerja-kerja pembesaran sungai di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemui identiti si mati selain tiada kesan-kesan lain yang berunsur jenayah,” katanya.

Ujarnya, rangka terbabit telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – SM

BACA Rangka manusia purba dari Gua Kepah P. Pinang akan dibawa pulang dari Belanda

(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button