Luar Negara

Kes COVID-19 di AS melepasi 2 juta

Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi dua juta pada Rabu malam mencecah 2,000,464, memetik data  Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut data itu lagi angka korban juga terus meningkat kepada 112,924.

New York kekal negeri paling teruk terjejas dengan mencatatkan 380,156 kes dan 30,542 kematian.

New Jersey, California, Illinois, dan Massachusetts pula masing-masing mencatatkan kes melebihi 100,000.

Menurut The Washington Post, sejak awal Jun, puluhan negeri di AS, termasuk Texas dan California, rata-ratanya mencatatkan kes COVID-19 tertinggi, sebahagiannya disebabkan protes besar-besaran ekoran kematian George Floyd.

— BERNAMA

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button