Nasional

Penajaan JPA bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi boleh dimohon

Kerajaan akan meneruskan program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Penajaan JPA bagi bidang-bidang ini dalam tahun 2023 boleh dimohon mengikut tempoh penawaran yang ditetapkan seperti berikut:
▪ Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dari 3 hingga 7 Julai 2023; dan
▪ Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 dilanjutkan sehingga 23 Jun 2023.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh dirujuk di laman web esilav2.jpa.gov.my.

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button