NasionalpilihanUncategorized

Skuad Keluarga Malaysia bantu rakyat terkesan pandemik

SEBANYAK 10,000 seramai anggota Skuad Keluarga Malaysia akan digerakkan ke segenap pelusuk negara, bagi membantu rakyat yang terkesan ekoran pandemik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Skuad Keluarga Malaysia adalah penyelarasan semua mekanisme penyampaian bantuan, untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah  satu jentera.

“Skuad Keluarga Malaysia ini akan diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Ia merupakan kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (atau NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Prapelancaran #keluargamalaysia di Auditoroum Perdana, Angkasapuri hari ini.

Menurut Ismail Sabri, jumlah anggota Skuad Keluarga Malaysia dijangka akan bertambah apabila lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan Keluarga Malaysia mendaftarkan diri.

Jelas beliau, bagi memastikan kejayaan idea Keluarga Malaysia ini, setiap kementerian dan agensi kini sedang giat mengenal pasti produk yang bersesuaian untuk diangkat menjadi sebahagian usaha membantu rakyat.

“Ini merupakan langkah untuk menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, yang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Dalam usaha ini, kerajaan akan memastikan setiap produk Keluarga Malaysia memberi impak positif seperti yang diharapkan,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, kerajaan turut memperkenalkan mekanisme Keberhasilan Kebahagiaan (atau Key Happiness Outcome – KHO) yang juga merupakan pelengkap kepada Petunjuk Prestasi Utama (atau KPI).

Tambahnya, garis panduan ini akan dibentuk berasaskan nilai sejagat sedia ada, termasuk Indeks Kebahagiaan yang diguna pakai kebanyakan negara di seluruh dunia. -SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button