Nasionalpilihan

Dua petani Kampung Sungai Bugis, Perlis buat laporan polis

TIDAK puas hati!

Hendak ambil tanah bendang kami tetapi berilah penjelasan secara terperinci mengenai projek yang bakal dilaksanakan itu nanti.

Itulah luahan hati yang terbuku di kalangan beberapa petani di Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, Perlis ekoran tanah bendang mereka bakal diambil oleh kerajaan bagi cadangan projek membuat parit.

Atas alasan itu dua petani dari Kampung Sungai Bugis tampil membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Empat, Perlis pada kira-kira pukul 11 pagi ini.

Muhamed Nor Azamuddin Ahmad, 34 dan Mohd Zulkhanis Dahlan, 28 berharap dengan laporan polis ini akan “membuka mata” pihak berkenaan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Masalah ini telah menarik perhatian Ahli Muda Keadilan (AMK) Perlis di mana Muhammad Nabil Nazri dan Muhammad Muhaimin Zakaria mewakili AMK Arau selain Ketua Cabang AMK Kangar, Amar Abd Jalil dan Ahli Jawatankuasa (AJK)nya, Mohamad Haziq Aiman untuk membantu berikutan telah mendapat aduan dari petani terlibat.

Muhamed Nor Azmuddin menunjukkan rajah lot sawah yang dikatakan bakal diambil kerajaan.

Berikutan itu diadakan satu sidang media oleh barisan AMK yang hadir sebaik Muhamed Nor Azamuddin dan Mohd Zulkhanis selesai membuat laporan polis.

Muhammad Nabil berkata, pihaknya berharap nasib petani ini akan terbela serta mendapat perhatian pihak berkenaan untuk diselesaikan.

Beliau berharap para petani lain yang terlibat dalam isu ini tampil membuat laporan polis supaya mendapat keadilan.

Sementara itu dalam laporan polis itu kedua petani ini sebagai pengadu memberikan fakta yang sama cuma Muhamed Nor Azamuddin hanya sebagai penyewa kepada tanah sawah milik ibu mertuanya dan Mohd Zulkhanis mengusahakan sawah miliknya.

Masing-masing sebagai pengadu menyebut bahawa pada pukul 11 pagi pada 7 Disember lalu telah menerima surat dari sebuah syarikat penilaian swasta.

Dalam surat itu merujuk bahawa akan ada majlis penerangan dengan penilai berdaftar mengenai pengambilan tanah untuk projek cadangan pembangunan sistem pengairan tersier bagi Blok ARBD 7 (Pakej 1) Mukim Kayang, Perlis.

Pada pukul 3 petang, 10 Disember lalu, di Pusat Internet Batas Lintang, Simpang Empat, beberapa petani termasuk pengadu telah diterangkan oleh wakil penilai itu bahawa kerajaan ingin membuat projek parit di lot tanah bendang mereka.

Semasa hari penerangan tersebut, pengadu dan orang kampung tidak dterangkan dengan teliti tentang projek cuma diberikan penerangan tentang pampasan.

Dalam laporan itu menyebut, pengadu dan orang kampung tidak berpuas hati sebab tidak tahu apa-apa tentang projek tersebut dan inginkan pihak berkenaan terangkan projek tersebut dengan lebih teliti.

Sementara itu, Muhamed Nor Azamuddin berkata, pada pertemuan itu pihak penilai menjelaskan bahawa akan mewakili para petani ini bagi mendapatkan nilai pampasan yang sewajarnya apabila dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata, pengadu dan petani terbabit hanya diminta akur kerana projek kerajaan harus dipatuhi oleh rakyat. – SM

Artikel berkaitan > Cubaan tekong guna bot fiber tiada pendaftaran seludup benih kerang digagalkan

(Visited 1,432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button