Jenayah

RM3,000 ditawarkan kepada sesiapa berjaya mencari pelaku simbah cat putih kepada kucing

Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang tunai sejumlah RM3,000 kepada sesiapa yang berjaya mencari pelaku simbah cat putih kepada anak kucing.

Syaratnya, penyalur maklumat itu harus menampilkan pembuktian lengkap, jelas dan sah mengenai penganiaya terhadap haiwan tersebut yang sedang tular di media sosial.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh mengancam nyawa kucing terbabit kerana bahan kimia boleh memudaratkan kesihatannya jika ia menjilat badannya.

‘’Saksi kejadian atau penduduk Gombak boleh tampil menyalurkan aduan mengenai kejadian kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan ke hotline Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di WhatsApp.

‘’Kes terbabit boleh disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana mendatangkan kemudaratan kepada kucing, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda sehingga RM100,000 jika sabit kesalahan10-5394749,” katanya.

Baru-baru ini tular mengenai seekor anak kucing yang disimbah cat putih telah mendapat perhatian warganet
Seorang pengguna X @izzat_bashir menjumpai kucing yangdiselaputi dengan cat putih seperti sedang meminta pertolongan dalam keadaan yang lemah.

Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh seorang individu yang menyimbah cat berkenaan kepada kucing itu dengan sengaja.

Artikle Berkaitan:>

40 kucing terbiar di Medan Selera Sena diselamatkan

Guru kerugian RM37,750 beli kucing baka Munchkin

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button