Nasional

Belanjawan 2021 tidak akan lulus kecuali dilakukan 12 pindaan – Mukhriz

BELANJAWAN 2021 tidak akan di sokong oleh kumpulan ahli Parlimen yang menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad kecuali dilakukan 12 pindaan.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau kecewa kerana belanjawan itu tidak membantu rakyat berhadapan dengan masa sukar.

Antara pindaan yang perlu dilakukan katanya, ialah menggugurkan semua jawatan timbalan menteri hingga pendemik Covid-19 selesai dan menangguhkan semua kerja-kerja di bangunan kerajaan yang menelan belanja RM736.6 juta.

“Kami akan menolak belanjawan kecuali pindaan dilakukan,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, belanjawan itu yang terbesar setakat ini kurang memahami keperluan rakyat terutama ketika waktu-waktu yang tidak pernah dialami ini.

Beliau juga mempersoalkan motif di sebalik peruntukan beratus juta menaik taraf bangunan kerajaan dan tambahan RM4 bilion daripada RM7.9 bilion sebelumnya kepada RM11.7 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri tahun depan.

Mukhriz juga meminta gaji semua menteri di potong 30 peratus hingga wabak ini berakhir. – SM

 

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button