Nasionalpilihan

Tunggu pengumuman rasmi – Ab. Rauf Yusoh

Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka yang baharu

Keputusan sama ada pertukaran Ketua Menteri Melaka yang baharu hanya akan diketahui Jumaat ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bidara, pengumuman rasmi berhubung pertukaran Ketua Menteri yang mengaitkan namanya akan diumumkan menjelang Jumaat ini.

“Saya tidak boleh beri apa-apa juga komen mengenai spekulasi ini.

“Tunggulah pengumuman rasmi daripada pihak berkenaan dalam sedikit masa lagi,” kata Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh
di sini hari ini.

Spekulasi angin politik Melaka kembali bertiup semula sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) berkaitan Ketua Menteri, Sulaiman Md. Ali diuar-uarkan akan meletakkan jawatan.

Sejak tiga hari lalu, spekulasi Ab. Rauf akan menggantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri hangat diperkatakan.

Menurut sumber, Istiadat Angkat Sumpah berkenaan akan diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. – SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button