Jenayah

Maqis tahan tiga kontena daging kerbau dari India

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan tiga kontena berisi daging kerbau yang diimport dari negara India semalam.

Pengarah Maqis negeri, Hizzuan Hasim berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap kontena berkenaan di Pelabuhan Pasir Gudang, pada pukul 2 petang semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati nombor seal pada kontena tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam dokumen ‘bill of lading’ yang diikrar.

“Kesemua daging kerbau berkenaan yang seberat 83,988 kilogram (kg) dan dianggar bernilai RM1,302,653 ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.-SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button