Nasional

Polis terima dua laporan penipuan jualan vaksin Covid-19 libatkan kerugian lebih RM285,000

POLIS mengesahkan telah menerima dua laporan polis berkaitan penipuan vaksin Covid-19 yang melibatkan kerugian berjumlah RM285,499.95.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan telah dijalankam di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kita telah mengesan penularan maklumat di media sosial berkenaan penjualan vaksin Covid-19 secara atas talian.

“Pihak pengendalian perkhidmatan jualan berkenaan telah mengeluarkan kenyataam bagi menafikan perkara itu.

“Namun kita tidak menolak kemungkinan wujudkan iklan-iklan palsu berkenaan penjualan vaksin Covid-19 pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainuddin, sebarang tawaran penjualan vaksin oleh mana-mana pihak adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu penipuan.

Ujarnya, pihaknya sentiasa memantau secara berterusan bagi mengesan dan membanteras mana-mana pihak yang mengiklankan penjualan vaksin secara dalam talian.

Tambahnya, orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan arahan-arahan yang telah dikeluarkan kerajaan dari masa ke semasa. – SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button