Sukan

T-Fight Festival 2023: Bakal himpun ramai penggiat dan penggemar sukan Muay Thai

Adakah anda peminat sukan Muay Thai? Muay Thai adalah satu bentuk seni bela diri yang menggunakan lapan anggota badan seperti penumbuk, siku, lutut dan juga kaki itu semakin digemari rakyat tempatan.

Untuk pertama kalinya, Persatuan Muay Thai Terengganu akan menganjurkan program sukan berskala prestij iaitu Terengganu Fight Festival 2023 (T-Fight Festival 2023) yang mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri mahu pun luar Malaysia.

Kiri : Ali Yaakub – Teras Muaythai Gym, Negeri Sembilan.
Kanan : Mat Ropi – Singamuda Kuda Merah PDRM.

Nama Terengganu Fight Festival 2023 – T-Fight Festival 2023 dipilih atas dasar faktor kepada penjenamaan komersial mewakili sukan berlandaskan seni bela diri / tempur di Negeri Terengganu Darul Iman.

Program yang akan dijadikan sebagai acara tahunan untuk Terengganu itu akan diadakan selama dua (2) hari, dua (2) malam, bermula 29 hingga 30 September 2023, jam 9 pagi hingga 11 malam, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Penganjuran T-Fight Festival 2023 kali ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran sebelum ini, namun kali ini dirancang lebih besar dengan pengisian dan acara yang lebih hebat.

Acara T-Fight Festival 2023 ini juga diselarikan dengan trademark “Sukan Patuh Syariah”dan “Fit Is Sunnah” yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Presiden Persatuan MuayThai Terengganu, Master Najmi Abdullah berkata, program seperti ini mampu memberikan impak yang pelbagai dari sudut industri sukan, gaya hidup sihat, pelancongan, keusahawanan serta sosial generasi muda.

“Persatuan Muay Thai Terengganu diiringi Majlis Sukan Negeri bersama Kerajaan Negeri serta agensi kementerian menjayakan acara ini agar memberikan manfaat yang tersendiri kepada semua pihak seterusnya mampu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2023,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 adalah untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.

“Program ini juga bertujuan untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat baharu sukan tempur ini dari dalam Negeri Terengganu. Seterusnya ia dapat memberi satu imej kepada

“Negeri Terengganu sebagai negeri “SPORTS & TOURISM” yang popular serta mendapat perhatian di Malaysia,” jelas Master Najmi.

Tambahnya, menjadikan T-Fight Festival 2023 sebagai program terbesar penganjuran sukan tempur (gelanggang) yang mampu memberikan impak pelbagai pihak serta menarik kedatangan para pengunjung serta pelancong dari dalam dan luar Terengganu.

Master Najmi juga berkata, penganjuran T-FIGHT FESTIVAL 2023 turut mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu, MOTAC – Tourism Malaysia 2023, KBS, MSN / KSNT, KDN / Polis Di Raja Malaysia,  Jabatan dan Agensi Negeri Terengganu, GLC Terengganu, Swasta dan Korporat.

Acara utama program ini adalah One Arena, Thousands of Eyes iaitu T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh (7) pertarungan meliputi 1 Super Four (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).

Dr Nasree Najmi – Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Selain itu, acara ini juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila menghimpun penggiat beladiri/tempur dalam satu pertunjukan seni yang melibatkan penggiat yang aktif di dalam dan luar Terengganu bagi mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Pelbagai acara sampingan menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah T-Fight Tranung Jom Fit, himpunan kereta klasik, bicara agama dan sosial / sukan patuh syariah, pameran serta acara kepolisan (T-Fight Sang Saka Biru), pameran dan promosi industri pelancongan, T-Fight Tranung Delicious, Busking Challenge, E-Sport Challenge, Night Fun Run dan pelbagai lagi.

Pihak penganjur menyasarkan kehadiran pengunjung untuk adalah sekitar 15,000 ke 20,000 orang pengunjung dan para pelancong yang akan berkunjung ke program tersebut.

Menurut Master Najmi lagi, program yang bakal dijadikan acara tahun ini secara tidak langsung akan mengangkat imej kerajaan negeri yang serius dan komited dalam menjayakan industri sukan pelancongan di Terengganu, ‘Sport Tourism’. – SM

BACA Dalam gelanggang dia paling ganas dengan isteri dia paling lembut

BACA Amirul Zafran Safuandi harumkan nama negara di Kejohanan Muaythai Dunia

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button