JenayahPolitik

Hina Anwar: Polis Kedah buka kertas siasatan

POLIS Kedah telah membuka kertas siasatan berkaitan laporan penghinaan terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibuat menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

Jurucakap Polis Kedah, SAC Alzafny Ahmad berkata, laporan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Pendang di Balai Polis Pendang pada jam 1.45 petang semalam.

“Polis Kedah telah menerima satu laporan berkaitan penghinaan yang dilakukan terhadap Perdana Menteri Malaysia.

“Pengadu merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pendang, beritahu telah melayari akaun TikTok ‘Projek Papa’.

“Dan mendapati kandungan video tersebut mempunyai unsur yang menghina Perdana Menteri Malaysia dan mempunyai hasutan yang boleh menyebabkan kegusaran dan perpecahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan 233 AKM 1988.

Beliau menasihati orang awam supaya tidak menyentuh sensitiviti kaum dan individu tertentu sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri ini. – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button