Nasional

MyEG: Lanjutan kontrak, majikan boleh baharui pas pekerja asing

MAJIKAN boleh terus menikmati kemudahan pembaharuan pas pekerja sementara warga asing secara dalam talian untuk tempoh tiga tahun lagi.

Lanjutan perkhidmatan berkaitan imigresen itu diberikan Kementerian Dalam Negeri kepada MyEG Services Berhad (MyEG) yang dianggarkan bernilai RM208 juta.

MyEG dalam satu kenyataan yang dikemukakan kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan, pembaharuan perkhidmatan itu bermula dari 23 Mei 2020 hingga 23 Mei 2023.

Portal Dagangnews yang memetik laporan Bernama memaklumkan terma-terma pembaharuan tidak dinyatakan dalan surat itu.

Dalam pada itu persetujuan untuk memformalkan lanjutan berkenaan akan ditandatangani dan diumumkan syarikat terbabit pada masa yang sesuai.

BACA > Clorox turut boikot Facebook — Suara Merdeka

“Lembaga pengarah berpendapat perkhidmatan berkaitan imigresen adalah kepentingan syarikat.

“Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset sesaham syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2020 dan selanjutnya.” katanya.

Bagaimanapun, pembaharuan tersebut hanyalah bagi pekerja asing yang sudah bekerja di negara ini.

Seperti dimaklumkan, Menteri Sumber Manusia, Datu Seri M. Saravanan, beliau menegaskan pembekuan pengambilan pekerja asing adalah sehingga hujung tahun ini.

Pembekuan itu dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan mengutamakan warga tempatan untuk mengisi kekosongan.

Menurut beliau, dalam pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pengangguran dikhuatiri meningkat ekoran banyak syarikat dan perusahaan terpaksa menghentikan operasi.

Ia susulan pemberhentian sementara hampir semua sektor ekonomi akibat penularan pandemik Koronavirus (Covid-19) dan pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu.

Dalam masa sama, M. Saravanan turut menyeru rakyat Malaysia supaya merebut apa sahaja peluang pekerjaan yang ada tanpa mengira latar belakang kelulusan pendidikan.

BACA > Virus selesema babi di Malaysia tiada risiko jangkiti manusia — Suara Merdeka

Menurutnya, utamakan pencarian pendapatan yang boleh menyara keluarga dahulu terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar secara global ini. – SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button