Nasional

Dewan Rakyat akan bersidang lapan hari pada 18 Mei?

DARIPADA cadangan asal untuk bersidang sehari sahaja pada 18 Mei ini, kini Dewan Rakyat kemungkinan akan bersidang selama lapan hari.

Salah satu agenda persidangannya ialah undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,

Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof melalui satu kenyataan hari ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Mohamad Ariff dalam satu kenyataan berkata, beliau telah menerima usul tergempar supaya  sidang Parlimen pada 18 Mei ini dilanjutkan kepada lapan hari.

Katanya,  beliau sudah menerima usul daripada Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong dan memutuskan untuk menerima sebahagian daripadanya.

“Empat perkara yang dibangkitkan dalam usul itu ialah usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, undi percaya kepada Anggota Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa Parlimen berhak mengawal selia tatacaranya sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan terutama perintah kawalan pergerakan (PKP) dan usul supaya sidang Dewan Rakyat dilanjutkan daripada sehari kepada lapan hari.

“Atas pertimbangan berdasarkan penjelasan yang diberikan, saya memutuskan supaya sebahagian ditolak dengan alasan usul dikemukakan tidak perlu disegerakan.

“Sebahagian diterima kerana ia perkara tertentu, untuk kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan boleh dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak,” katanya.

Bagaimanapun Yang Dipertua dewan itu tidak menyatakan secara khusus bahagian usul yang diterima.

Sementara itu Vui Keong dalam kenyataannya berkata, mengesahkan usul berkenaan tempoh sidang dewan  merupakan antara dua bahagian yang diterima, sementara dua bahagian lagi ditolak.

Yang Dipertuan sudah memaklumkan kepadanya berkenaan perkara itu dalam sepucuk surat bertarikh 5 Mei.

Menurut Vui Keong, melalui surat itu, Mohamad Ariff memaklumkan kerajaan sudah pun mempunyai keyakinan majoriti anggota dewan.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu bersifat pramatang memandangkan keputusan anggota Dewan Rakyat pada 18 Mei ini masih belum diketahui.

Pada masa sama, Vui Keong berkata, Mohamad Ariff memaklumkan bahagian ketiga dan keempat usulnya menepati keperluan sebuah usul tergempar, berdasarkan Peraturan 18 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. – SM

 

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button