Negeri

MP PH di KL tidak setuju taman awam ditutup ketika PKP

AHLI Parlimen (MP) Pakatan Harapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak bersetuju dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menutup semua taman awam di ibu negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sembilan ahli Parlimen PM tersebut berkata, taman-taman awam adalah lokasi paling sesuai, terkawal dan selamat untuk menjalankan aktiviti riadah mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Menurut mereka, kesemua taman awam yang berada di Kuala Lumpur terletak berhampiran atau bersebelahan dengan kawasan-kawasan perumahan.

Penutupan serta-merta oleh DBKL itu didakwa tidak selari dengan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

“Ini kerana ia tidak selari dengan ucapan YAB Perdana Menteri semalam bahawa “pengasingan diri untuk satu tempoh yang lama boleh memberi tekanan terhadap kesihatan mental”

“Dan rakyat diberi kebenaran meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah sahaja, serta dibenarkan menjalankan aktiviti sukan seperti joging atau berbasikal,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Justeru demi demi keselamatan serta kesihatan mental warga Kuala Lumpur pihak DBKL perlu mempertimbang semula keputusan tersebut.

DBKL juga digesa untuk berbincang segera dengan pihak Majlis Keselamatan Negara untuk menetapkan SOP yang ketat bagi membolehkan penggunaan taman-taman awam di KL.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Kuala Lumpur terdiri daripada Tan Kok Wai (Cheras), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Teresa Kok  (Seputeh), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Hannah Yeoh (Segambut), Lim Lip Eng (Kepong) dan P. Prabakaran (Batu).

Semalam DBKL mengeluarkan kenyataan penutupan semua taman awam dan taman permainan kanak-kanak di bawah seliannya.

Kesemua pusat rekreasi itu ditutup bermula semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kuala Lumpur antara wilayah yang mempunyai jumlah jangkita harian tinggi di Malaysia. Semalam Kuala Lumpur mencatatkan kes baharu harian sebanyak 289 kes manakala negeri jirannya Selangor bilangan kes harian tertinggi iaitu 837 kes.-SM

(Visited 451 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button