Nasionalpilihan

Balai Seni Negara, UiTM Sri Iskandar jalin kerjasama perkasa industri seni visual

BALAI Seni Negara hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sri Iskandar. Majlis telah diadakan di Uitm Sri Iskandar dan merupakan inisiatif bersama untuk memberikan rangka kerjasama dan kolaborasi yang dapat memberi impak yang tinggi kepada industri seni visual.

Memorandum ini ditandatangani oleh Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Amerrudin Ahmad, bersama Rektor Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak Prof Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim.

Majlis menandatangani memorandum ini turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Alizam Hasan, dan Timbalan Rektor, Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak Prof. Madya Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab. Gani.

Melalui MoU ini dapat memberikan ruang yang lebih baik dalam merangka inisiatif yang lebih besar bagi meningkatkan informasi seni visual negara. Selain daripada itu menjadi platform melahirkan pakar dalam meneroka pelbagai peluang kajian serta penyelidikan.

Secara tidak langsung menggalakkan, mempromosi dan mendorong pembangunan ekosistem seni visual negara melalui kerjasama Balai Seni Negara dan UiTM. Diharap melalui MoU ini juga dapat memberikan lebih fokus dan ruang untuk mengadakan program dan aktiviti berkaitan Pendidikan seni secara efisien dan meningkatkan kepelbagaian idea. – SM

Artikel berkaitan > Anugerah Bakat Muda Sezaman 2021 angkat bakat seniman muda

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button