SukanUncategorized

Berapa agaknya kekayaan Lin Dan sebelum bersara?

SEMALAM agak kecoh dalam dunia sukan badminton apabila pemain lagenda dari China mengumumkan untuk bersara daripada sukan tersebut di usia 37 tahun.

Malah, seteru utama Lin Dan iaitu bekas pemain Badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei turut memberikan ucapan khas kepada rakannya menerusi Instagramnya.

“Kami tahu harinya akan tiba, detik yang berat dalam hidup. Kamu melabuhkan tirai dengan megah. Kamulah raja yang kami lawan dengan rasa bangga,” kata Chong Wei.

lin dan

Lin Dan yang juga digelar Super Dan memberitahu, dia sudah terlebih dahulu mengumukan persaraannya kepada Persatuan Badminton China (CBA) beberapa hari yang lalu.

Keputusan tersebut dipersetujui selepas melihat alasan yang diberikan serta keadaan sukan badminton semasa.

“Dari tahun 2000 hingga 2020, selepas 20 tahun, saya akhirnya perlu mengucap selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan.

“Inilah detik yang sangat sukar untuk saya umumukan,” kata Lin Dan seperti dilaporkan agensi berita Xinhua pada semalam.

Setiap yang datang, harus pergi. Itu adalah lumrah.

BACA> Diva AA mengamuk tunggu makanan 1 jam

Tetapi, sepanjang 20 tahun berada dalam sukan badminton, berapa sebenarnya jumlah gaji yang diperoleh Lin Dan?

Menerusi laporan Detik.com, Lin Dan termasuk dalam senarai pemain badminton dengan bayaran tertinggi di dunia. Itu semestinya sudah pasti apatah lagi dia adalah pemain lagenda dunia.

Sportseon pula melaporkan pada tahun 2019, Lin Dan sudah mendapat bayaran sebanyak lebih RM40 juta sepanjang kariernya.

Bayaran itu adalah kedua tertinggi selepas Chong Wei yang berjaya mengumpulkan bayaran sebanyak RM150 juta sepanjang kariernya.

Selain gaji tertinggi didunia, Lin Dan juga tersenarai sebagai atlet kedua terkaya di dunia mengikut laporan The Richest.

BACA> Super KIP tetap bersemangat beraksi di GP Sepanyol

Jumlah aset yang dimiliki Lin Dan setakat September tahun lalu dianggarkan mencecah RM158 juta.

Kalau nak diikutkan jumlah kekayaan yang dimiliki Lin Dan, rasanya memang berbaloilah dengan kejayaan yang ditempanya sebelum ini.

Lin Dan sudah pernah memenangi pingat emas Sukan Olimpik pada 2008 dan 2012, emas Sukan Asia pada 2010 dan 2014 serta menjadi juara dunia sebanyak lima kali. -SM

(Visited 1,568 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button