Hiburan

Altimet beri van untuk diubah suai jadi ambulans

PRIHATIN dengan keperluan kesihatan terutamanya ketika pandemik Covid-19 melanda, penyanyi, Altimet telah memberikan sebuah van untuk diubah suai menjadi ambulans.

Menurut Altimet, untuk membuat sebuah ambulans bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi menelan belanja yang amat besar.

“Peralatan dan kos ubahsuai van saja menelan belanja hampir enam angka. Tidak termasuk harga van yang sudah tentu menelan belanja hampir RM200,000.

“Minggu lepas saya menyerahkan van syarikat saya untuk diubahsuai oleh One Nation menjadi sebuah ambulans. Maka termeterailah kerjasama antara One Nation dan Altimet,” katanya.

Ujar penyanyi lagu Amboi ini, pihak One Nation akan menanggung kos ubah suai dan membeli peralatan canggit bagi keperluan perubatan dalam ambulans.

Jelasnya, proses pengubah suaian van tersebut menjadi ambulans sedang berjalan dan mereka masih memerlukan sedikit lagi kos untuk menyiapkan ambulans tersebut.

“Kami kekurangan sekitar RM35,000 sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini. Ayuh derma dan terima pahala berganda.

“Terima kasih semua penderma. Semoga pahala anda laju mengalir sederas roda ambulans. Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa mereka. Apatah lagi apabila digunakan oleh golongaan mustadh’afeen yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Mereka yang ingin menderma boleh menyalurkan bantuan kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia (One Nation Centre) di nombor akaun 564726684086 (Maybank) dengan butiran jariahambulans. -SM

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button