Luar Negara

Suu Kyi ketuai partinya dalam pilihan raya November ini

PENASIHAT Myanmar, Aung San Suu Kyi terus memainkan peranan dalam politik negaranya meskipun pernah dikritik pelbagai pihak diperingkat antarabangsa.

Beliau dilapor mengetuai partinya iaitu Liga Demokrasi Nasional (NLD) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Myanmar yang akan diadakan pada 8 November ini.

Malah, pada hari ini, beliau menjadi salah seorang yang turun mengundi awal di Naypyidaw, Yangon bersama pengundi lain yang berusia lebih 60 tahun.

Pengundi kategori itu dibenarkan mengundi awal bagi mengelakkan kesesakan pada hari pemilihan minggu hadapan susulan penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Suu Kyi, 75 dilihat memakai pelitup muka, sarung tangan getah dan menyelitkan bunga pada ikatan rambutnya.

Terdahulu, parti NLD memenangi pilihan raya pertama negara pada 2015 itu selepas berakhirnya pemerintahan junta tentera pada 2011.

Kemenangan itu menjadikan NLD sebagai parti pertama menubuhkan kerajaan awam di Asia Tenggara dalam tempoh setengah abad.

Malah, dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh pemerhati pilihan raya daripada People’s Alliance for Credible Elections, mendapati Suu Kyi masih mempunyai pengaruh yang kuat di negaranya.

Terdapat 79 peratus orang masih mempercayai Suu Kyi, malah jumlah tersebut dikatakan meningkat sebanyak 70 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pemimpin Myanmar itu sebelum ini dibelenggu kontroversi dan pendakwaan di Mahkamah Antarabangsa, The Hague, berhubung keganasan terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

Rakhine merupakan sebahagian dariapda wilayah di negara itu menjadi medan keganasan tentera yang membakar rumah dan membunuh ratusan ribu penduduk etnik Rohingya.

Keadaan tersebut dilihat bertentangan dengan perjanjian beliau bersama bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan.

Dalam perjanjian tersebut, Suu Kyi berjanji untuk menangani penderitaan umat Islam Rohingya dengan membentuk jawatan kuasa yang diketuai oleh Kofi Annan sendiri.

Namun, pada Ogos 2017, satu lapopran dikeluarkan jawatan kuasa tersebut yang menasihatkan perubahan besar-besaran dalam kalangan etnik Rohingya.

Tetapi, berlaku perkara sebaliknya apabila dilaporkan, kumpulan militan Rohingya menyerang pasukan keselamatan di wilayah Rakhine.

Akibat daripada tindakan tersebut, tentera membalas dengan kempen yang merangkumi pembakaran ratusan kampung dan pembunuhan.

Keadaan itu kemudian disifatkan PBB sebagai kegiatan pembersihan etnik sedang berlaku di wilayah tersebut.

Bagaimanapun, Suu Kyi kemudian menuduh pengganas sebagai punca kepada tindakan tentera terbabit yang dikatakan sebagai menguatkuasakan undang-undang.

Malah, Suu Kyi mendakwa pihak yang mengkritiknya mendapat maklumat yang salah mengenai kejadian tersebut.

Beliau juga mempersoalkan tindakan etnik Rohingya yang meninggalkan wilayah Rakhine ketika berucap di negaranya pada bulan September.

Pada tahun lepas, Suu Kyi dihadapkan ke The Hague atas tuduhan melakukan genoside, namun berkeras mendakwa tindakan tersebut adalah operasi ketenteraan yang sah terhadap pengganas.

Beberapa tahun sebelum ini, pelbagai laporan daripada media tempatan dan antarabangsa memperlihatkan aktiviti keganasan terhadap etnik Rohingya itu turut melibatkan tindakan para sami terhadap penduduk di wilayah Rakhine. – AGENSI

 

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button