Nasional

4 lelaki langgar SOP PKPD mengamuk ditahan polis

TINDAKAN empat lelaki melanggar arahan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dengan berkumpul tanpa penjarakan fizikal mengundang padah apabila dikompaun dan ditahan di Taman Desa Damai, Bentong, Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Sup Zaiham Mohd Kahar berkata, kesemua mereka ditahan semalam kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dengan bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat, selain enggan memberi kerjasama kepada polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat lelaki berusia antara 20 hingga 28 tahun itu sedang berkumpul tanpa mengamalkan penjarakan fizikal dan minum minuman dipercayai beralkohol,” katanya.

Beliau berkata, semua lelaki berkenaan datang dari kawasan perumahan yang berlainan dan dikenakan arahan PKPD.

Zaiham berkata, ketika diperiksa dua daripada suspek bertindak agresif, selain tidak mahu mengemukakan dokumen pengenalan kepada polis.

“Salah seorang suspek turut cuba mencederakan seorang pegawai kanan polis wanita di lokasi kejadian, tetapi berjaya dihalang.

“Susulan kejadian itu, semua mereka ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikompaun RM5,000 setiap seorang mengikut Peraturan 17 (1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit,” kata beliau.

Katanya lagi, mereka ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut. – HARIAN METRO – SM

 

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button