Ekonomi

Yuan China mengukuh kepada 7.0997 berbanding dolar AS

Kadar pariti pusat renminbi mata wang China, atau yuan, mengukuh kepada 7.0997 berbanding dolar A.S. Khamis, menurut Sistem Perdagangan Pertukaran Asing China.

Memetik laporan Xinhua, dalam pasaran pertukaran asing semerta China, yuan dibenarkan naik atau turun sebanyak dua peratus daripada kadar pariti pusat setiap hari dagangan.

Kadar pariti pusat yuan berbanding dolar A.S. adalah berdasarkan purata wajaran harga yang ditawarkan oleh pembuat pasaran sebelum pembukaan pasaran antara bank setiap hari perniagaan. –SM

(Visited 43 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button